untuk orang yang mahu kahwin --->> kahwin!

Untuk keluarga bahagia --->> family!

Untuk kawan-kawan yang gemar bergambar ---->>friends!

Untuk pasang-pasangan ----->couple!

untuk orang yang gemar membaca --->>akukopi!





F.A.Q

Siapa nama sebenar anda?
Hafizudin tapi panggil sahaja hafiz

No telefon?
Maaf, saya tidak boleh beri disini

Jadi macam mana kalau saya mahu tempah anda?
email sahaja di akukopikausiapa@gmail.com. Nanti baru saya beri no. telefon saya

Berapa ringgit khidmat anda?
RM90 sahaja

Pakej yang ditawarkan?
Dengan RM90 sahaja anda akan dapat 50 keping gambar yang diedit dengan 120++ keping gambar yang tak diedit, yang tak jadi dan apa-apa sahaja gambar yang saya ambil hari itu. Dan saya ambil gambar selama 3 jam.

Kat kawasan mana boleh tempah anda?
Dekat kawasan kl, dan kawasan luar kl kena tampung duit perjalanan saya.

Gambar macam mana anda ambil?
Apa-apa sahaja. Mahu main bowling dengan rakan-rakan, mahu ambil gambar sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan, majlis hari jadi, makan-makan bersama keluarga dan yang paling saya suka ialah family photoshoot.

Siap print ke?
tak. Tiada print. Hanya soft copy dan saya akan beri dalam cd. Kalau nak saya print boleh tapi tambahan RM3 setiap keping untuk service charge.

Apesal murah sangat?
Sebab saya ambil untuk tujuan suka-suka sahaja. Tapi mana tahu saya sudah sikit rasa seronok dan semakin hebat buat benda ni, harga mungkin akan dinaikkan, jadi baik anda cepat tempah saya sebelum saya naikkan harga sampai ribu riban macam orang lain. haha.

serious?
haha. Harap saya tak sebangsat itu.

kalau ambil gambar kahwin?
Kalau kahwin saya akan ambil lebih sikit iaitu rm350 untuk sehari punya majlis. Sebab masanya agak lama, dari pagi sampai petang, gambar banyak dan saya edit pon banyak.

Akhir kata?
Khidmat saya ini untuk orang yang mahu letak gambar family di atas televisyen, di dapur atau di dinding rumah sebagai hiasan. Orang yang mahu beri hadiah photoshoot kepada aweknya atau boyfriend nya supaya kemudian boleh tampal di dinding, orang yang mahu keluar dengan rakan-rakan dan tak mahu lepaskan moment tersebut. Tapi macam tak berbaloi untuk bayar tukang ambil gambar yang mahal, jadi saya tawarkan khidmat ambil gambar yang simple dan murah.

Kalau ada apa-apa lagi yang tak terjawab email sahaja di akukopikausiapa@gmail.com

Followers

About This Blog

seabrang tempahan : akukopikausiapa@gmail.com

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP